Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day

Hari ini Cik Farah cuti..

Bestnya kalau cuti selalu..

Rindu kat Abg Syg...

Jauh Di Mata dekat Di Hati

Selamat Hari Guru

Cik farah nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar Cik Farah..
  • Tadika Sungai Senam Ipoh
  • Sekolah Rendah Seri Kinta Ipoh
  • Sekilah Rendah De La Salle Kampar
  • Sekolah Kebangsaan Kampar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kampar
N then cik Farah sekarang mengajar 
di..........

Terima Kasih anak2 muridku tersayang bg hadiah ..Love you all
dan Cik Farah pun dapat ucapan sempena hari guru

16 Mei 2011
Selamat Hari Guru

Monday, May 9, 2011

4 MONTH ANNIVERSARRY

  • Salam semua readers..bertemu kembali..<3 <3 <3..Love all so much
  • Hari ini 8 Mei 2011,genap 4 bulan Cik farah couple dengan abang sayang,
  • Walaupun baru 4 bulan rasa mcm dah lama sangat cik farah couple dengan abg syg..
  • Cik farah rasa gembira sangat,Cik farah tak dapat nak celebrate sama2 sbb abg syg cik farah keje kat Penang..
  • Tunggu abg syg jumpa Cik Farah baru boleh celebrate,maybe Anniversarry yang ke lima bulan..
  • Cik Farah harap hubungan cik farah kekal sampai akhir hayat..
  • sebagai kekasih
  • sebagai tunangan dan isteri(akan datang Insyaallah kalau ada jodoh Cik farah dengan abg syg )
  •  
  • Doakan untuk Cik Farah yer semua readers...
  • Cik Farah syg dan rindu abg syg ( Fauzi)


  • p/s :Cik Farah harap abg syg jodoh Cik Farah


Friday, May 6, 2011

Nak sama Huruf F.

Assalamualaikum readers2 ..dah lama Cik farah tak tulis blog cik farah..dah bersawang rasanya...Hik3..
Sebenarnya Cik farah nak cerita skit,,Masa dulu Cik Farah selalu impikan..Alangkah bagusnya kalau Cik Farah dapat pakwe yang namanya bermula dengan huruf F.. 
~Faiz ker
~Faizal ker
~Farid ker
~Fendi ker
~Fauzi ker
~Fuad ker

Dalam byk2 nama yang Cik farah senaraikan,Cik farah jumpa lah dengan Huruf F gak iaitu Encik Mohd Fauzi,.
Tak sangka Cik Farah akan jumpa dengan dia..
Walaupun hubungan Cik Farah dengan dia baru nak mencapai 4 bulan,tp Cik Farah bahagia sangat bersama dengan dia..
Dia seorang yang penyabar,tak pernah nak marah2 Cik Farah,Jadi Cik Farah dengan dia jarang bergaduh..Asyik bergurau senda dan melawak jer,,Maybe ada keserasian antara Cik farah dan  Encik fauzi..Jadi hubungan kami boleh kekal..walaupun masih baru tapi antara Cik farah dengan abg mcm dah kenal lama,,

Ramai yang cakap Cinta yang kenal melalui internet takkan kekal lama..Tapi Cik Farah harap hubungan Cik farah dengan Abg fauzi akan kekal ke gerbang perkahwinan dan kekal untuk selamanya,,
itulah harapan Cik farah..

Semoga hubungan Cik farah dan abg Fauzi di redhai Allah..
Thanks sygku sbb hadir dalam hidup anje..
<3 <3 <3 <3

LOVE YOU SO MUCH SAYANG

Wednesday, May 4, 2011

Cinta Di Reject

Hari ni Cik Farah nak cerita kat semua readers yang baca blog Cik Farah ni..
Cik Farah selalu di reject cintanya..bukan setakat reject cinta tapi di reject sebagai kwan pun byk sangat..tak tahu kenapa yer..
Maybe sebab orang yang reject Cik Farah tak suka rupa paras Cik Farah kot..Cik Farah di kategorikan sebagai gadis biasa..yang agak chubby pipinya dan badan berisi...

kenapa Cik Farah cakap Cik Farah di reject sbb masa mula2 kawan sebelum jumpa punya la rajin mesej Cik Farah..rajin call Cik Farah,tetapi lepas jumpa terus senyap jer..bila call tak angkat,mesej pun tak berani nak bals ngn Cik Farah..sedangkan sebelum jumpa cik farah dah ckp awal2,yg Cik farah ni G***k dan chubby,tapi diorg cakap tak apa,saya tak memilih paras rupa pun...emm cakap tak serupa bikin jer,,,cakap plastik,,^=^

Cik Farah tak ada niat pun nak bercinta atau apa2 yang lain..just nak kawan dan bertambah kawan,Tapi Cik Farah tak kisah orang mcm ni kena ada kat dunia ni..kalau tidak mesti semua orang baik jer..huhu..Cik Farah dah banyak kali terjadi mcm ni,sedangkan orang yang reject tu pun bukanlah sempurna sangat,,just biasa2 jer..tetapi mungkin dia rasa dia hebat sangat kot..

Pernah satu kali tu,Cik Farah jumpa la seorang lelaki ni..Cik Farah tengok dalam gambar ok jer n Cik farah tak kisah la walau apa pun parasnya,tetapi first time Cik farah jumpa,dia boleh ckp..kenapa dalam gambar nampak kurus ,kat luar nampak gemuk plak..tersinggung hati Cik Farah,sedangkan dia pun G***k gak..Cik farah tak ckp pun mcm tu kat dia..Cik Farah jaga hati dia,,, cuma dalam hati hanya tersinggung sgt2..

Nasihat Cik Farah kepada semua readers..Berkawanlah tanpa memilih paras rupa..pilihlah sbb sekeping hati yang suci dan ikhlas..kerana rupa paras yang menawan tidak akan kekal lama..Bila2 masa Allah nak tarik,Allah akan tarik,,Bila tua semua paras rupa akan jadi kedut jugak..itulah hukum alam..Tapi kalau pilih dari hati yang ikhlas..Insyaallah,kehidupan akan lebih bahagia dan di berkati oleh Allah,,

Tetapi Cik Farah bersyukur sangat akhirnya Cinta Cik Farah di terima oleh seseorang yang menerima Cik Farah seadanya tanpa memilih paras rupa..dialah yang Cik farah syg,,walaupun baru 3 bulan hubungan kami,tp Cik Farah harap dialah jodoh Cik Farah..Insan tu ialah Abg syg ( MFJ ) Cik Farah Love you syg, 

Monday, May 2, 2011

Bertambah Follower..

Masa 28/4/2011 bersamaan Hari Khamis,entry Cik Farah menulis..
follower cik Farah hanya ada 4 org sahaja..
Selepas Cik Farah blogwalking je blog..
Follower Cik Farah dah ada.....


Thanks kawan-kawan follow blog Cik Farah...
Love You All..^=^

Tujuan Blog ini di wujudkan...

Cik farah memasuki dunia blog ini untuk menambahkan kenalan..maybe ada sesetengah orang yang tak suka dengan blog cik farah nie coz asyik cte pasal cinta jer..
maaf yer kalau ada yang tak suka..
Cik farah tak paksa untuk orang follow cik farah..kalau ada yang follow ..terima kasih banyak2 kerana Follow Cik Farah..
Sebelum ni Cik Farah hanya silent reader..
Cik Farah suka baca blog yang mengisahkan pasal percintaan..
Cik Farah pasti akan baca kesemuanya..
tak jemu untuk Cik Farah tekan Older Post coz sweet sgt kisah2 cinta yang di ceritakan..^=^


Cik Farah tumpang bahagia kalau kawan2 blogger lain bahagia..
Kepada kawan2 blog yang tengah bercinta,Cik Farah doakan kawan2 semua bahagia hingga ke akhir hayat..

Di Kesempatan Cik Farah memohon seribu kemaafan kalau ada tersilap kata dalam membicarakan sesuatu di dalam blog...Maaf di pinta..^=^