Wednesday, December 8, 2010

sedih3

kehidupanku perlu bermula semula...
aku kembali sedih sendiri..
aku perlukan terus hidup dengan baik..
jgn disesali atau di kesali
apa yang berlaku pasti ada hikmah..
Allah itu maha adil..
Allah tidak akan merencanakan sesuatu yang buruk kepada hambanya kerana Allah maha penyayang..
Ya Allah..berikan lah kekuatan dan semangat untuk aku teruskan kehidupan ini..
berikan ketabahan adalam hatiku menerima semua ujian daripadamu...
amin
-the end-

Wednesday, December 1, 2010

kerinduan kembali

Di saat aku cuba melupakanmu,dikau hadir mengingati memori aku bersama kamu..mengapa kamu hadir..saat bahagiamu semakin hampir..aku hanya ingin melupakan bayanganmu dan kesan2 dirimu yang pernah wujud dalam hatiku..if kamu terus pergi tanpa beralih,aku takkan sedih..tp kamu menoleh dan mengingatkan kembali..aku sedih kehilanganmu,janganlah seksa diriku...aku amat menyayangimu..aku redha dgn apa yg terjadi..aku anggap ini semua dugaan..aku perlu menempuhnya walaupun berat aku rasakan..tp aku akan sentiasa merinduimu,walaupun berjauhan aku dan kamu tetap di bawah langit yang sama..kerinduaanku padamu akan sentiasa mekar,,,amin
♥promise you my heart♥
♥I promise you my life♥
♥I promise we'll never be apart♥
♥I promise not to hurt you♥
♥I promise to never make you cry♥
♥I promise to always trust you♥
♥I promise not to lie♥
♥I promise you forever♥
♥I promise you tonight♥
♥I promise you my respect♥
♥I promise to do things right♥
♥I promise to always be there♥
♥I promise until the end♥
♥I promise to always love you♥
♥I promise to be your best friend♥
♥I promise you my love♥
♥I promise you my life♥
♥I promise this forever♥
♥I promise our friendship is my life♥
♥your the PEANUT to my BUTTER ,♥
♥your the STAR to my BURST,♥
♥your the M to my M,♥
♥your the POP to my TART,♥
♥your the MILKY to my WAY,♥
♥your the FRUIT to my LOOP,♥
♥your the MILK to my DUDS,♥
♥your the LUCKY to my CHARMS,♥
♥your the ICE to my CREAM,♥
but mostly....
♥your the BEST to my FRIEND♥

zikir-zikir harian

Tuesday, November 30, 2010

Kata-kata hikmah

  • Manusia paling rugi di dunia adalah manusia yang tidak dapat menikmati bahagia. Dia rugi kerana bahagia boleh membuat dia jadi gembira selama mana yang dia mahu. Dia amat rugi kerana mengecapi bahagia menjadikan dia rajin berusaha membina hidup lebih sempurna.

    Bahagia cinta letaknya dihati, bukan pada harta, wang dan segala bentuk material. Ia lahir dari hati, menyentuh hati lain. Harta, wang dan segala bentuk material hanya alat yang dipergunakan untuk mengubah rasa bahagia, smaa ada untuk memunculkannya atau untuk menambah tahapnya menjadi lebih tinggi.

    Kita memberikan sesuatu pada orang yang kita cinta, supaya dia berasa bahagia. Sebagai balasan, satu hari kita juga akan diberikan sesuatu olehnya, kerana kita membuat dia bahagia. Life is about giving and receiving. Cinta adalah proses memberi dan menerima.

    Cinta jadi bahagia bila masing-masing saling memberi kemaafan dan meminta kemaafan. Mulai hari ini, ubahlah sikap Anda. Jadilah seorang yang pemaaf. Dalam rasa maaf, ada bahagia cinta.

Doa melupakan kekasih lama

Assalamualaikum..

1st..tujuan aku wat nota ni khas utk membantu anda2 di luar sana yg masih kekusutan,kekacauan,keserabutan mcm2 'ke' lg dengan permasalahan utama muda-mudi zaman skrg iaitu masalah CINTA..iye..aku faham perasaan anda sume yg mungkin dh korbankan segalanya dan mengharapkan sepenuhnye kebahagiaan korg berkekalan,tp hubungan korg tetap kecundang di tengah jalan...aku faham..sbb aku sndri sedang mengalaminya..jd..ape salahnye jika kita berkongsi ilmu dgn org yg memerlukan..kan??


CINTA SEJATI..itu la yg korg semaikan di dalam hati korg utk si dia..tetapi..kite hanya merancang.ALLAH jua yg menentukan segalanya..jgn terlalu cepat berputus asa dan menutup pintu hati korg utk sesiapa lg..sbb kat luar sane masih ramai yg akan menghargai  korg..cume masenye uk pertemuan 'kamu dan dia' masih belum kesampaian..jadi bersabarlah dan hadapi sume ini dgn tabah..sesugguhnya jika benar dia adalah jodoh korg..pasti x kemana..yg penting skang korg perlu lupekan die demi kebahagiaan die dan dri korg sndri..cinta itu x boleh dipaksa...


Korg mungkin dah berusaha..tp usaha yg disertakan doa lebih mujarab..bak kate cikgu2 time kiter skool dlu..mesti ada D.U.I.T(doa,usaha,ikhtiar dan tawakal)..skang korg cume perlu ikut panduan pade gambar yg terdapat pada note ni..dan amalkan setiap 3 kali bacaan selepas solat subuh n maghrib..



"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia  bukan milikmu..♥"

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untukmendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..."

‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati..." ♥

SELAMAT MENCUBA!! InsyaAllah..korg boleh..jgn bersedih lg..teruskan hidup dgn maju kehadapan tanpa segala bebanan minda dan psikologi...-_-
amin..=)

Pagi yang terang

KENAPA susah sangat untuk aku melupakan dirinya..apa perlu aku buat untuk aku lupakan dia dari kehidupan aku..maybe aku takkan boleh lupa dia..tapi aku harap aku taklah selalu teringat pada dia...YA ALLAH,berikan lah aku kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang..aku manusia biasa,,aku nak hidup dengan setenangnya tanpa perasaan gusar dan runsing..

maybe aku kena pegang prinsip nie...

kiranya tiada cinta insan untukku,
Cukuplah Cinta Allah penyuluh hidupku,
Moga kelak ada cinta untukku,
daripada insan yang mencintai Allah,
sebagaimana cintaku terhadapNya

MNABA
semoga abang bahagia untuk selamanya,,syg akan sentiasa mendoakan kebahagiaan abang untuk dunia dan akhirat,tiada dendam antara kita..maybe kita takkan berhubung,tapi ingatlah syg akan sentiasa ada untuk abang kalau abang perlukan syg..syg tetap akan jadi kawan abg baik dunia hingga akhirat kelak..kita akan still kawan forever..maybe selepas ini kita akan membawa haluan masing2..abang jangan risau,syg akan jaga diri baik2..syg akan gunakan nasihat abg dan akan mamfaatkan sebaiknya..terima kasih kerana selama ini abg sentiasa sabar dengan kerenah syg ..mrh2 syg..nasihat syg...semua itu akan syg ingat sampai bila2..syg sayang kan abg sbg abg syg..syg akan merindui abg lps nie..thanks for everything abg...:'(




Monday, November 29, 2010

Aku kesunyian dan kesepian,,

Di saat 2 terakhir aku akan kehilangan seorg kwn yg sangat rapat ngn aku,,dia akan memulakan kehidupan dan penghidupan baru dia,,,aku sangat redha dan aku rasa satu kehilangan besar..dialah tempat aku mencurahkan rasa..tempat aku mengadu..dan tempat aku meminta pendapat..selepas ini aku akan memulakan kehidupan ku sendiri...tiada lagi mrh2 ..gelak ketawa..dan semuanya akan hilang sekelip mata...aku doakan semoga dikau bahagia untuk selamanya,,,aku akan menjalani kehidupanku tanpa dirimu lagi..aku pasrah atas ketentuan ni... Allah akan memberikan yang terbaik untukku...Terima Kasih Abang...dikaulah sahabatku dunia akhirat,,,
amin,,

Tuesday, September 21, 2010

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan- kawan dankeluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut.

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh
mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan
yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa
mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut
dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal- hal dari pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang
terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu
mengeluarkan senarainya.
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai
mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali
melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,
"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat sesuatupun
di atas kertas saya.
Bagi saya abang sudah sempurna, dan
saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang adalah
tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya..
Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati
saya dengan Abang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?...

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana
tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu
diperbaiki...

Wallahualam
Smile


Friday, September 17, 2010

-diariku-

abang yg ku sayang,,,,
syg sangat menyayangi abg..
knp abg tak mcm dulu,,,
ada ucapan selamat pagi..
ada jer msj yg sentiasa syg tunggu..
tapi sekarang semuanya dah tak ada..
abg dah berubah...
abg..andai hati abg bukan utuk syg lagi..
beritahulah pada syg..
supya syg tidak bertepuk sebelah tangan...
i love u so much

Wednesday, September 8, 2010

Ungu - Cinta Dalam Hati (HIGH QUALITY - Better Audio)

Cinta Dalam Hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu

menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja



lagu  ini memang sedap..
liriknya pun ada byk kena mengena dgn aku...
walaupun hanya cinta dalam hati..
aku redha....

Tuesday, September 7, 2010

berubah..berubah..berubah

aku kena berubah....
selalu berfikiran positif...
jgn selalu fikir bukan2...
itu sbb aku perlu berubah untuk kebaikan diri aku..
aku tak boleh mementingkan diri...
hidup mesti di teruskan...
aku boleh..heheheh

30 Perkara permpuan tak sempat bagi tahu lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Male- Full Version)

Monday, September 6, 2010


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

Hijjaz - Rindu

Lukisan Alam - Hijjaz

hari ni lebih baik dari semalam

ku harapkan hari ini lebih baik dari semalam..
biarlah hari semalam yang berlalu membuatkan aku lbh byk mengerti asam garam kehidupan..
lupakan apa yang terjadi...
Allah itu maha adil....Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya...
sebagai hambaNya aku kena byk bersabar dan tabah.. 
Hidup perlu di teruskan....
Ya Allah tenangkan hatiku untuk menerima ujianmu dgn sabar..kuatkanlah hatiku,,,,sesungguhnya engkau maha mengetahui atas segalanya....
Amin yarabal alamin....

Sunday, September 5, 2010

Bermulanya kehidupan baru

kehidupan baru bermula...
sy tak nak pandang belakang lagi...
biarlah ia pergi tinggalkanku...
sy nak mulakan hidup baru dgn baik...
sy nak happy dan ceria2 selalu....
kehidupan Farah baru bermula...
mulakan hidup dengan baik..
chaiyok3....

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics

Salam Everyone...

First of all ...
sy dah mempunyai blog sendiri...
happy sangat..
kat sini boleh luahkan apa yang terpendam dihati..




i am happy girl...