Manusia paling rugi di dunia adalah manusia yang tidak dapat menikmati bahagia. Dia rugi kerana bahagia boleh membuat dia jadi gembira selama mana yang dia mahu. Dia amat rugi kerana mengecapi bahagia menjadikan dia rajin berusaha membina hidup lebih sempurna.
Bahagia cinta letaknya dihati, bukan pada harta, wang dan segala bentuk material. Ia lahir dari hati, menyentuh hati lain. Harta, wang dan segala bentuk material hanya alat yang dipergunakan untuk mengubah rasa bahagia, smaa ada untuk memunculkannya atau untuk menambah tahapnya menjadi lebih tinggi.
Kita memberikan sesuatu pada orang yang kita cinta, supaya dia berasa bahagia. Sebagai balasan, satu hari kita juga akan diberikan sesuatu olehnya, kerana kita membuat dia bahagia. Life is about giving and receiving. Cinta adalah proses memberi dan menerima.
Cinta jadi bahagia bila masing-masing saling memberi kemaafan dan meminta kemaafan. Mulai hari ini, ubahlah sikap Anda. Jadilah seorang yang pemaaf. Dalam rasa maaf, ada bahagia cinta.
No comments:
Post a Comment